SISTEM  TAUGEH  AZRA ***( STAR )***
PAKAR DALAM PENANAMAN TAUGEH
  • Laman Utama
  • Objektif Syarikat
  • Pelan Pemasaran
  • Kit Produk
  • Testimoni
  • Pesanan

MATLAMAT

Matlamat utama penghasilan SISTEM LENGKAP PENANAMAN SIRAMAN AUTOMATIK - SISTEM TAUGEH AZRA (STAR)  ini adalah untuk menyalurkkan ilmu pengetahuan dan maklumat tentang penghasilan taugeh secara lebih terperinci kepada orang ramai.
Dengan kaedah 3T ( Tanam , Tinggal , Tuai ) mereka yang tidak ada pengalaman dan asas-asas penanaman taugeh pun mampu menghasilkan taugeh sendiri dalam tempoh waktu yang singkat.
Oleh itu tidak mustahil sekiranya suatu masa nanti, golongan usahawan yang dilahirkan dari penggunaan sistem ini mampu bersaing dan memecah monopoli golongan tertentu dalam penghasilan taugeh segar di pasaran.

 `Dengan adanya sistem ini, pihak kami berharap agar semua pihak yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri asas tani, sektor pembangunan ekonomi, jabatan pembangunan wanita, kementerian pelajaran dan sebagainya dapat memanfaatkan teknologi ini kepada golongan – golongan sasaran yang berada dibawah pemantauan masing-masing seperti golongan petani,  ibu-ibu tunggal, golongan penduduk miskin, pelajar ,golongan penganggur dan pelbagai pihak lagi yang memerlukan bimbingan.


    Peralatan yang ringkas dan penerangan yang padat dan tepat, yang terdapat dalam sistem ini juga  dapat dijadikan sebagai satu kemudahan kepada agensi-agensi kerajaan untuk menyalurkan bahan media yang dapat menjana dan menambah pendapatan golongan-golongan yang memerlukan.



OBJEKTIF

  • Untuk melahirkan lebih ramai lagi Bakal Usahawan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, ibu-ibu tunggal, suri rumah, ahli-ahli AMANAH IKHTIAR, ahli-ahli TEKUN  dan pelbagai golongan lagi.
  • Untuk menyebar luas secara maksimum ilmu pengetahuan dan teknologi dalam bidang penanaman taugeh kepada pelajar-pelajar institusi, pelatih-pelatih di bawah bimbingan kerajaan seperti pelatih tajaan GIAT MARA, pelatih yang terlibat dengan pusat latihan pertanian dan sebagainya.
  • Mendedah dan memberi bimbingan tentang pengenalan, teknik-teknik penjagaan dan sistem siraman.
  • Memberi pendedahan lanjut tentang kaedah terkini tanaman taugeh secara komersial.
  • Pendedahan kepada teknik-teknik yang betul seperti :-
    1. Pemilihan biji kacang yang baik sebagai benih taugeh
    2. Menghasilkan taugeh segar halal yang berkualiti.
    3. Peluang memceburkan diri sebagai Usahawan Taugeh secara komersial.
    4. Sebagai projek bantu pembelajaran pertanian untuk sekolah - sekolah

PENGLIBATAN SYARIKAT


Seminar Sistem Lengkap Penanaman Taugeh Azra di Kementerian Pembangunan Wanita Dan Usahawan Alor Setar , Kedah.

Picture
Picture
Picture
DEMONSTRASI PENGHASILAN TAUGEH OLEH VESCOM VISION ENT DI BALING , KEDAH , PADA 30 HB APRIL 2012
Powered by Create your own unique website with customizable templates.